Mengesahkan dan meng'imarahkan Iman

Majlis Bai'at Ayahanda, kekanda dan anakanda.

Kisah Bai’atul Ridzuan telah berlaku ketika perjanjian Hudaibiyah. Nabi bersama para sahabat telah singgah di Munsorafah dan tinggal di sana untuk meredakan peperangan Bani Muntaliq pada bulan Ramadhan dan Syawal dan pada bulan Zulqaedah Baginda keluar pula untuk melakukan umrah dan orang badwi pulang berbondong-bondong ke Madinah dan melambatkan rombongan mereka. Nabi keluar bersama Muhajirin dan Ansar dan sebahagian orang arab yang mengikuti mereka ke semua mereka 1400 orang.

Baginda melalui jalan lain kerana Rasulullah s.a.w. tidak mahu musuh mengetahui kerana baginda keluar bukan untuk berperang. Apabila sampai ke perkhemahan Quraish mereka satu ketumbukan cuba menyekat Rasulullah s.a.w. dari memasuki Masjidil Haram. Kalau mereka memerangi Muhammad nescaya Baginda akan memerangi mereka. Khalid bin Walid menaiki kuda perang menuju tasik Al-Ghamim. Sampai berita kepada Rasulullah s.a.w. bahawa dia berada di Usfan jalan ke Madinah. Orang yang menyampaikan berita itu ialah Basyru bin Sufyan Al-Ka’bi lalu Baginda mengikuti jalan ke Usfan.

Baginda keluar menuju ke Hudaibiyah sebelum sampai ke Mekah. Orang yang menunjukkan jalan itu ialah seorang lelaki yang baru memeluk Islam. Apabila Baginda sampai kepada kaum quraish yang bersama mereka itu Khalid, lalu Baginda terus memberitahu hasratnya hendak mengerjakan haji.

Tiba-tiba unta Rasulullah s.a.w. naik minyak dan orang ramai berkata “Unta naik minyak, unta naik minyak” maka berkata nabi saw. “kenapa unta ini tidak pernah berkelakuan begini? Tetapi seumpama menangkapnya seperti menangkap gajah yang lari dari Mekah. Kaum Quraish tidak akan memanggil aku pada hari ini walau setapak yang mereka pinta untuk silaturrahim kecuali aku akan tunaikannya”.

Kemudian Rasulullah s.a.w. tinggal di sana. Mereka berkata “Ya Rasulullah, lembah ini tidak mempunyai air.” Maka Baginda pun mengeluarkan anak panahnya dari bekas anak panah dan memberikannya kepada salah seorang sahabatnya. Baginda menyuruhnya memasukkan anak panah itu ke dalam salah sebuah telaga buta di situ, lalu memancar air dengan banyaknya dan para tentera dapat minum sepuas-puasnya.

Kemudian berlaku perjanjian damai antara Rasulullah s.a.w. dan di antara kaum Quraish dan berlalu masa berulang-alik wakil dan berbantah-bantah sehingga datang Suhail bin Amru lalu dia membuat keputusan dengan Rasulullah s.a.w. untuk membatalkan hasrat Baginda untuk mengerjakan haji tahun ini dan melakukannya pada tahun depan kerana datang pada tahun depan melakukan haju tanpa membawa senjata dan menyarung pedang ke dalam sarungnya dan boleh tinggal di Hudaibiyah ini selama 3 hari sahaja kemudian keluar dan pulang.

Perjanjian damai antara Baginda dan kaum Quraish hendaklah berlaku 10 tahun dan saling memberi keamanan untuk memasuki Mekah. Sekiranya seorang daripada kaum kuffar Quraish masuk Islam lelaki atau pun perempuan hendaklah dikembalikan kepada kaum kuffar dan jika datang seorang daripada kaum Muslimin kepada kaum kuffar keluar agama Islam tidak akan dikembalikan kepada kaum muslimin di Madinah.

Perjanjian ini berat sebelah bagi kaum muslimin dan tidak sanggup diterima oleh mereka.