Wednesday, November 17, 2010

Pendapat Kami

Keajaiban yang terdapat di Banjaran Titiwangsa.

Tahukah saudara? Suatu ketika dahulu, sebelum banjir Nabi Nuh, dunia ini hanya ada satu benua sahaja kemudian setelah banjir besar berlaku, muka bumi ini bertukar wajah menjadi 7 benua bersama daratan, banjaran dan pulau-pulau.

Maka, Banjaran Titiwangsa menjadi inderapura(gunungpulau) dikelilingi oleh lautan, sebab itu Kuala Kangsar, pulau InderaBrahma, Ganga Nagara (Beruas), Simpang Pulai, Gua Musang, Batu Caves dan sekitarnya adalah pantai dan lautan. Terdapat batu kapur di semua tempat yang tersebut menunjukkan bahawa tempat yang kita diami sekarang suatu ketika dahulu ialah pulau atau lautan.

Terdapat Bukit Kerang di Cangkat Lada, Seberang Perak. Ia menjadi daratan setelah proses geologi selama beribu-ribu tahun. Selama ini perdebatan tentang banjir pada zaman Nuh selalu berpusat pada pertanyaan, Apakah banjir pada zaman Nuh melanda seluruh dunia atau banjir yang hanya melanda dunia Nuh? Mereka yang percaya bahwa banjir tersebut melanda seluruh dunia mengaju kepada penemuan-penemuan ilmu pengetahuan tentang banjir Nuh, cerita-cerita kuno dan ayat-ayat dalam Alkitab.
Pencarian, bukan penemuan,, dan masih lagi mencari dengan momohon petunjuk dan hidayah dari Allah Taala.

Cuba kamu fikirkan, ada sesuatu yang hebat tentang Banjaran Titiwangsa. CIA cuba mengesan Banjaran ini dengan alat-alat canggih tetapi tidak berjaya. Seolah-olah ada sesuatu benteng yang menahannya dari menembusi ke dalam Banjaran. Pada suatu ketika dahulu di zaman penjajah British, mereka cuba untuk memecahkan Banjaran Titiwangsa untuk membuat laluan pintas, tetapi tidak berjaya. Orang yang mengebom banjaran tersebut mati tanpa sebab.

Adakah suatu tempat lain keramat seperti Banjaran Titiwangsa? Seperti Gunung Ararat-kah? Gunung Ararat boleh diterokai, dan yang tidak sedapnya, kenapa ditutup dan dirahsiakan. Tentu ada something wrong. Jika benar ada penemuan sudah tentu tempat itu hebat dan dikunjungi oleh ramai orang dari seluruh pelusuk dunia.

Bahkan negara itu akan menjadi tumpuan perlancongan dan menghasilkan keuntungan yang banyak untuk negara itu. PENDAPAT KAMI ada suatu propaganda di sana.

Mereka mengatakan bahawa tapak kaki Adam dijumpai di India. Adakah bukti tersebut dapat disahkan dengan logik akal? Atau mereka ingin mendapat nama India sebagai perkampungan asal Nabi Allah Adam. Nabi Allah Adam tentu memilih tempat yang terbaik di muka bumi ini untuk didiami. Tempat yang mempunyai pemeliharaan yang kukuh. kamu sedia mengetahui dari teori sains mengatakan bahawa muka bumi ini dahulunya bercantum sebagai sebuah benua dan Nabi Adam hanya berjalan kaki ke Baitullah (pada ketika itu hanya bertawaf mengilingi Jabal Nuur).

Kisah Habil dan Qabil yang mana Habil telah membunuh Qabil. Setelah membunuh Habil, Qabil tidak tahu bagaimana hendak mengebumikannya. Dia membawa ke mana sahaja adik kandungnya itu dalam keadaan takut diketahui oleh bapanya dan saudara-saudaranya yang lain. Suatu ketika dalam keadaan termenung sambil memikirkan bagaimana hendaklah dilakukan terhadap jenazah adiknya, tiba-tiba dua ekor burung gagak berkelahi dan seekor membunuh mangsanya. Burung gagak itu mengorek tanah dan mengebumikan mayat magsanya. Melihat yang demikian maka Habil pun berkata "Alangkah bodohnya aku dari burung gagak ini sehingga aku tidak dapat memikirkan penyelesaiannya".

Di manakah negara yang paling banyak terdapat burung gagak? Bukankah di Malaysia sehingga satu ketika tahun 1990-2000, Majlis Bandaraya Shah Alam telah membuat sangkar untuk menghapuskan burung gagak yang terlampau banyak mengganggu suasana dan kebersihan Bandar Shah Alam. Lagi pun memang habitat burung gagak itu berasal di Negara kita. Fikir-fikrikanlah!! Boleh jadi peristiwa Habil dan Qabil ini berlaku di tempat kita. Kemudian Habil membawa Iqlima menjadi isterinya ke tempat lain yang jauh dari perkampungan Nabi Adam.

KITA KEMBALI KE BANJARAN TITIWANGSA

Ada kaitan antara Merong Mahawangsa dan Titiwangsa. Ia berkaitan dengan kerajaan Rom, Kerajaan Cina dan Merong Mahawangsa. Kaitan antara Lankapuri(Langkasuka)/Banjaran Titiwangsa dan Pulau Janbal.
Masalahnya, ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?......

Baiklah kami paparkan keratan  Hikayat Merong Mahawangsa seperti di bawah :


Terjemahan HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Maka adalah kepada suatu masa tatkala zaman Nabi Allah Sulaiman Alaihissalam naik kerajaan menjadi raja yang tetap di atas takhta kerajaan dikurnia Allah Taala di dalam dunia ini memerintah daripada segala makhluk berjenis-jenis bangsa yang dijadikan Allah Subhanahu WaTaala di dalam dunia ini dititahkan oleh Tuhan seru sekelian alam memerintah isi alam dunia ini di dalam hukum Nabi Allah Sulaiman itu daripada binatang yang melata di bumi dan yang terbang di udara sekeliannya itu di dalam hukum Nabi Allah Sulaiman itu beberapa banyak bukit menjadi pasak dunia ini yang didiami oleh makhluk.


Sebermula maka tersebutlah perkataan Pulau Langkapuri itu selama peninggal perang Seri Rama dan Handuman jadi sunyilah pulau itu tiada siapa-siapa di pulau itu maka datanglah seekor burung garuda amat besar iaitu asalnya daripada anak cucu Maharaja Rawan maka burung garuda itulah yang diam ia di sana mencari makan maka burung garuda itu pada masa zaman Seri Rama dan Handuman biasa ia masuk perang banyak juga kesaktiannya dan segala binatang yang terbang dan berjalan di bumi takut akan dia itu maka suatu hari datang seekor burung Raja Wali kepada burung garuda itu katanya “Adakah tuanhamba beroleh khabar bahwa raja Rom itu beroleh seorang anak laki-laki sekarang ini ia...

Lihatlah petikan kitab hikayat di atas merupakan kitab kuning, sebab itu warna kertasnya kuning. Inilah khazanah Islam yang sebenar tercatit di dalam sejarah penulis iaitu orang kaya Sagoh dari Gowa.

Tahukah kamu? Pulau Langkapuri itu ialah Langkasuka dan Banjaran Titiwangsa yang dikelilingi oleh lautan pada suatu ketika dahulu. Mengenai percantuman Pulau Seraya dengan Pulau Jenbal dan daratan yang besar iaitu Pulau Langkapuri seperti keratan di bawah


Hatta dengan demikian itu maka sampailah kepada satu telok dengan suatu tanjong maka Raja Merong Mahawangsa pun bertanya pada seorang Mualim yang tua di dalam bahtera itu maka katanya bahwa pulau yang besar itu baharu hendak bersuatu dengan daratan itu bernama Pulau Seraya dan suatu pulau yang kecil bernama Pulau Jembal dan ke daratnya sedikit itu bernama Pulau Lada Tuanku maka titah Raja Merong Mahawangsa jikalau demikian sehinggalah berlabuh kita ke timur telok ujung tanjung tanah besar daripada pulau yang besar itu lalu berlabuh bahtera itu menuju tempat yang dititahkan oleh Raja Merong Mahawangsa antara beberapa ketika belayar......


Kitab ini sudah cukup mengesahkan keadaan sekitar Pulau Langkapuri (Titiwangsa) yang telah ditakluki oleh Merong Mahawangsa dan kini ia sudah bercantum dengan Pulau Seraya (Pathani) dan Pulau Jembal (Kelantan). Banyak bukti yang logik tentang Gagasan Tanah Melayu ini adalah tempat tamadun terawal dunia yang telah ditinggalkan sunyi beberapa zaman selepas banjir Nabi Allah Nuh a.s.

3 comments:

  1. Menarik juga hikayat ni... tengah menunggu cerita selanjutnya...

    ReplyDelete
  2. Lucky Club: Casino site in Kenya
    Lucky Club luckyclub offers the most reliable mobile casino for Nigerian players, offering all the latest games, slots, live casino, bingo, casino and more. Rating: 5 · ‎4 reviews

    ReplyDelete
  3. Borgata Hotel Casino & Spa - Mapyro
    Borgata Hotel Casino & Spa, Atlantic 바카라 사이트 큐어 벳 City - Mapyro users can search 밀양 출장마사지 and click here to see room rates, opening 통영 출장안마 times and a 안동 출장샵 detailed menu of all the other 동해 출장샵

    ReplyDelete