Tuesday, December 14, 2010

KHUTBAH WIDA' RASULLULAH S.A.W

Wahai Manusia,

Dengarkanlah baik-baik apa yang hendak ku sampaikan dan ku katakan, aku tidak mengetahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu, dengarkanlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak hadir disini pada hari ini.

Wahai Manusia,

Sepertimana kamu menganggap pada bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah bahawa jiwa dan harta setiap orang muslim itu sebagai amanah yang suci. Kembalikanlah harta-harta kamu yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas amalan-amalan kamu.

Allah S.W.T telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah terbatal melalui sekarang.

Berwaspadalah kamu terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu, dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berjaga-jagalah kamu agar tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.

Wahai Manusia,

Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk mendapat makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah kamu terhadap mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

Hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina.


Wahai manusia,

Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat-zakat dari harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain dan tidak seorang pun dari kamu lebih mulia daripada yang lain kecuali di dalam soal taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap dan menemui Allah S.W.T pada satu hari kelak untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.

Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.

Wahai manusia,

Tidak ada Nabi dan Rasul yang akan diutuskan selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang mana sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikanya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang itu pula menyampaikannya kepada orang lain, semoga yang terakhir itu lebih memahami dan menghayati kata-kataku daripada mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu

Nota: Khutbah ini telah Rasulullah S.A.W. sampaikan pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah di lembah gunung arafah.

Friday, November 26, 2010

Tempahan t-shirt, sticker dan keychain

Sticker Kereta RM15

RM15


T-shirt RM30


                Keychaian RM18

UNTUK TEMPAHAN 
(Pos/Currier. Sila kepilkan Nama, Alamat dan wang tunai
[secara bank in atau wang pos] 
AKAUN MAY BANK : 158033276341 
KAMARUL RAMIZU BIN IDRIS. 
Penghantaran 2 minggu dari masa tempahan.
Email : padukaramizu786@gmail.com
Contact No : 019-2486649@012-5556832

Wednesday, November 17, 2010

Pendapat Kami

Keajaiban yang terdapat di Banjaran Titiwangsa.

Tahukah saudara? Suatu ketika dahulu, sebelum banjir Nabi Nuh, dunia ini hanya ada satu benua sahaja kemudian setelah banjir besar berlaku, muka bumi ini bertukar wajah menjadi 7 benua bersama daratan, banjaran dan pulau-pulau.

Maka, Banjaran Titiwangsa menjadi inderapura(gunungpulau) dikelilingi oleh lautan, sebab itu Kuala Kangsar, pulau InderaBrahma, Ganga Nagara (Beruas), Simpang Pulai, Gua Musang, Batu Caves dan sekitarnya adalah pantai dan lautan. Terdapat batu kapur di semua tempat yang tersebut menunjukkan bahawa tempat yang kita diami sekarang suatu ketika dahulu ialah pulau atau lautan.

Terdapat Bukit Kerang di Cangkat Lada, Seberang Perak. Ia menjadi daratan setelah proses geologi selama beribu-ribu tahun. Selama ini perdebatan tentang banjir pada zaman Nuh selalu berpusat pada pertanyaan, Apakah banjir pada zaman Nuh melanda seluruh dunia atau banjir yang hanya melanda dunia Nuh? Mereka yang percaya bahwa banjir tersebut melanda seluruh dunia mengaju kepada penemuan-penemuan ilmu pengetahuan tentang banjir Nuh, cerita-cerita kuno dan ayat-ayat dalam Alkitab.
Pencarian, bukan penemuan,, dan masih lagi mencari dengan momohon petunjuk dan hidayah dari Allah Taala.

Cuba kamu fikirkan, ada sesuatu yang hebat tentang Banjaran Titiwangsa. CIA cuba mengesan Banjaran ini dengan alat-alat canggih tetapi tidak berjaya. Seolah-olah ada sesuatu benteng yang menahannya dari menembusi ke dalam Banjaran. Pada suatu ketika dahulu di zaman penjajah British, mereka cuba untuk memecahkan Banjaran Titiwangsa untuk membuat laluan pintas, tetapi tidak berjaya. Orang yang mengebom banjaran tersebut mati tanpa sebab.

Adakah suatu tempat lain keramat seperti Banjaran Titiwangsa? Seperti Gunung Ararat-kah? Gunung Ararat boleh diterokai, dan yang tidak sedapnya, kenapa ditutup dan dirahsiakan. Tentu ada something wrong. Jika benar ada penemuan sudah tentu tempat itu hebat dan dikunjungi oleh ramai orang dari seluruh pelusuk dunia.

Bahkan negara itu akan menjadi tumpuan perlancongan dan menghasilkan keuntungan yang banyak untuk negara itu. PENDAPAT KAMI ada suatu propaganda di sana.

Mereka mengatakan bahawa tapak kaki Adam dijumpai di India. Adakah bukti tersebut dapat disahkan dengan logik akal? Atau mereka ingin mendapat nama India sebagai perkampungan asal Nabi Allah Adam. Nabi Allah Adam tentu memilih tempat yang terbaik di muka bumi ini untuk didiami. Tempat yang mempunyai pemeliharaan yang kukuh. kamu sedia mengetahui dari teori sains mengatakan bahawa muka bumi ini dahulunya bercantum sebagai sebuah benua dan Nabi Adam hanya berjalan kaki ke Baitullah (pada ketika itu hanya bertawaf mengilingi Jabal Nuur).

Kisah Habil dan Qabil yang mana Habil telah membunuh Qabil. Setelah membunuh Habil, Qabil tidak tahu bagaimana hendak mengebumikannya. Dia membawa ke mana sahaja adik kandungnya itu dalam keadaan takut diketahui oleh bapanya dan saudara-saudaranya yang lain. Suatu ketika dalam keadaan termenung sambil memikirkan bagaimana hendaklah dilakukan terhadap jenazah adiknya, tiba-tiba dua ekor burung gagak berkelahi dan seekor membunuh mangsanya. Burung gagak itu mengorek tanah dan mengebumikan mayat magsanya. Melihat yang demikian maka Habil pun berkata "Alangkah bodohnya aku dari burung gagak ini sehingga aku tidak dapat memikirkan penyelesaiannya".

Di manakah negara yang paling banyak terdapat burung gagak? Bukankah di Malaysia sehingga satu ketika tahun 1990-2000, Majlis Bandaraya Shah Alam telah membuat sangkar untuk menghapuskan burung gagak yang terlampau banyak mengganggu suasana dan kebersihan Bandar Shah Alam. Lagi pun memang habitat burung gagak itu berasal di Negara kita. Fikir-fikrikanlah!! Boleh jadi peristiwa Habil dan Qabil ini berlaku di tempat kita. Kemudian Habil membawa Iqlima menjadi isterinya ke tempat lain yang jauh dari perkampungan Nabi Adam.

KITA KEMBALI KE BANJARAN TITIWANGSA

Ada kaitan antara Merong Mahawangsa dan Titiwangsa. Ia berkaitan dengan kerajaan Rom, Kerajaan Cina dan Merong Mahawangsa. Kaitan antara Lankapuri(Langkasuka)/Banjaran Titiwangsa dan Pulau Janbal.
Masalahnya, ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?......

Baiklah kami paparkan keratan  Hikayat Merong Mahawangsa seperti di bawah :


Terjemahan HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Maka adalah kepada suatu masa tatkala zaman Nabi Allah Sulaiman Alaihissalam naik kerajaan menjadi raja yang tetap di atas takhta kerajaan dikurnia Allah Taala di dalam dunia ini memerintah daripada segala makhluk berjenis-jenis bangsa yang dijadikan Allah Subhanahu WaTaala di dalam dunia ini dititahkan oleh Tuhan seru sekelian alam memerintah isi alam dunia ini di dalam hukum Nabi Allah Sulaiman itu daripada binatang yang melata di bumi dan yang terbang di udara sekeliannya itu di dalam hukum Nabi Allah Sulaiman itu beberapa banyak bukit menjadi pasak dunia ini yang didiami oleh makhluk.


Sebermula maka tersebutlah perkataan Pulau Langkapuri itu selama peninggal perang Seri Rama dan Handuman jadi sunyilah pulau itu tiada siapa-siapa di pulau itu maka datanglah seekor burung garuda amat besar iaitu asalnya daripada anak cucu Maharaja Rawan maka burung garuda itulah yang diam ia di sana mencari makan maka burung garuda itu pada masa zaman Seri Rama dan Handuman biasa ia masuk perang banyak juga kesaktiannya dan segala binatang yang terbang dan berjalan di bumi takut akan dia itu maka suatu hari datang seekor burung Raja Wali kepada burung garuda itu katanya “Adakah tuanhamba beroleh khabar bahwa raja Rom itu beroleh seorang anak laki-laki sekarang ini ia...

Lihatlah petikan kitab hikayat di atas merupakan kitab kuning, sebab itu warna kertasnya kuning. Inilah khazanah Islam yang sebenar tercatit di dalam sejarah penulis iaitu orang kaya Sagoh dari Gowa.

Tahukah kamu? Pulau Langkapuri itu ialah Langkasuka dan Banjaran Titiwangsa yang dikelilingi oleh lautan pada suatu ketika dahulu. Mengenai percantuman Pulau Seraya dengan Pulau Jenbal dan daratan yang besar iaitu Pulau Langkapuri seperti keratan di bawah


Hatta dengan demikian itu maka sampailah kepada satu telok dengan suatu tanjong maka Raja Merong Mahawangsa pun bertanya pada seorang Mualim yang tua di dalam bahtera itu maka katanya bahwa pulau yang besar itu baharu hendak bersuatu dengan daratan itu bernama Pulau Seraya dan suatu pulau yang kecil bernama Pulau Jembal dan ke daratnya sedikit itu bernama Pulau Lada Tuanku maka titah Raja Merong Mahawangsa jikalau demikian sehinggalah berlabuh kita ke timur telok ujung tanjung tanah besar daripada pulau yang besar itu lalu berlabuh bahtera itu menuju tempat yang dititahkan oleh Raja Merong Mahawangsa antara beberapa ketika belayar......


Kitab ini sudah cukup mengesahkan keadaan sekitar Pulau Langkapuri (Titiwangsa) yang telah ditakluki oleh Merong Mahawangsa dan kini ia sudah bercantum dengan Pulau Seraya (Pathani) dan Pulau Jembal (Kelantan). Banyak bukti yang logik tentang Gagasan Tanah Melayu ini adalah tempat tamadun terawal dunia yang telah ditinggalkan sunyi beberapa zaman selepas banjir Nabi Allah Nuh a.s.

Monday, November 8, 2010

Sejarah Bani Jawi









"Agama yang sama telah Dia wasiatkan bagimu sebagai sesuatu yang Dia perintahkan kepada Nabi Nuh - yang Kami telah wahyukan kepada mu- dan apa yang Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim, Musa, dan Isa: Yakni, bahawa kamu harus tetap teguh dalam agama, dan tidak membuat perpecahan di dalamnya: kepada mereka yang menyembah sesuatu selain Allah, berat terasa bagi mereka dengan (cara) yang engkau menyeru mereka. Allah memilih untuk diri-Nya orang-orang yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada orang yang kembali (kepada-Nya)." As-Syura 13






Bersatu Teguh Bercerai Roboh. Marilah kita menghubungkan salam demi agama, bangsa dan tanahair

Bangsa Melayu adalah teras yang utuh bagi Bani Jawi yang berketurunan terus dari nabi Ibrahim a.s.

Kisah Bani Jawi ini terdapat di dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir, begini ceritanya. Anak-anak nabi Ibrahim dari Siti Qanturah/Keturah(dialek Hebrew) datang kepada bapanya Ibrahim tadi dengan perasaan sedih dan berkata "Wahai bapa kami, tidak adakah dari kalangan kami seorang Rasul pun yang diutuskan? Kalau begitu darjat kedudukan kami jauh daripada darjat bapa kami, tidaklah seperti saudara-saudara kami dari nabi Ishak yang dijanjikan kemenangan ke atas mereka dengan diutuskan ramai rasul di kalangan mereka."

Nabi Ibrahim mendiamkan diri kerana Jibril masih tidak menurunkan wahyu mengenai anak-anaknya di kalangan anak-anak Qanturah yang digelar Jawi itu. Perasaan sedih dan rendah diri anak-anak Jawi itu berlarutan begitu lama oleh kerana semua berita dari suhuf Ibrahim banyak mengisahkan tentang Ishak, Yaakub dan anak cucu mereka yang memiliki mertabat Rasul Pilihan. Begitu juga mengenai Ismail yang akan lahir dari keturunannya seorang Nabi dan Rasul Pilihan Allah, penutup segala Nabi dan Rasul yang teragung dan bangsanya yang dimuliakan.

Nabi Ibrahim sering berdoa demi mendengar pengaduan anak-anak Jawi-nya sambil diaminkan oleh mereka "Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa."

Begitulah sayu doa nabi Ibrahim a.s. sehingga Jibril datang dan memberi perkhabaran "Wahai Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini kepada anak-anakmu dari Qanturah bahawa mereka memperolehi satu darjat di sisimu di dalam Firdaus dan perintahkan kepada mereka untuk pergi ke Timur dan sempurnakanlah agama Islam yang engkau sampaikan yang belum sempat menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat kelak cahaya mereka seperti cahaya anbiya dan rasul sedangkan mereka bukan anbiya atau pun rasul."

Perasaan gembira nabi Ibrahim jelas kelihatan dengan wajahnya yang bercahaya gilang gemilang dan memanggil semua anak-anaknya dari Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, Shuah, anak-anak Jokshan; Sheba dan Dedan. Kata ibrahim "Wahai anak-anakku, bergembiralah bahawa kamu semua akan memperolehi cahaya para anbiya dan para rasul dan pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan satu kaum di sana semasa diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail dan kemudian aku diperintahkan untuk kembali ke Plastine. Selama 9 tahun kaum itu aku seru kepada agama Allah dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di atas bahu kamu ke serahkan tugasku ini."

Dikhabarkan bahawa nabi Ibrahim a.s. telah pergi berdakwah ke Tibet dan Burma selama 9 tahun meninggalkan anak yang masih kecil Ismail bersama ibunya Siti Hajar di suatu padang pasir yang tandus. Apabila kembali kerana diperintahkan oleh Allah baginda melihat anaknya sudah besar berumur 9 tahun dan di padang pasir yang tandus itu telah menjadi sebuah perkampungan orang-orang Jurhum dari Yaman seperti dalam kisah pengorbanan nabi ibrahim a.s. Terdapat juga air telaga dari kesan tumit kaki nabi Ismail yang dinamakan telaga Zamzam.


Kisah Bani Jawi tersebut jelas dikhabarkan di dalam Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir. Penyempurnaan agama Allah yang dipikul oleh Bani Jawi telah mengangkat mertabat mereka ke setinggi-tinggi mertabat Rasul di syurga Firdaus walau pun mereka bukan Rasul.

Oleh itu, wahai kaumku ! sedarilah tentang asal usul keturunanmu dan bangsa tidak akan dapat dipisahkan dari umat manusia kerana Allah telah memaktubkannya di dalam Al-Quran bertujuan untuk saling mengenali tetapi yang paling mulia dari sesuatu bangsa itu ialah yang paling bertakwa.

Allah telah memaktubkan Quraish dengan kemuliaan mereka diutuskan nabi yang terunggul sekali. Agama Allah dibawa atas tiket kaum sebelumnya oleh Bani Israil sehingga memuliakan mereka dan memertabatkan mereka. Maka di atas tiket kaum Bani Jawi Allah mengangkat agama nabi Ibrahim dan memuliakan Bani Jawi.

Kini Bani Jawi perlu bangkit atas millat Ibrahim membawa agama yang satu dan janganlah berpecah-belah dalam millat Ibrahim. Agama yang diwahyukan kepada nabi Muhammad s.a.w. itu adalah agama yang telah diwasiatkan kepada Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa ialah agama yang satu atau Agama Tauhid menyeru manusia kepada keesaan Allah. Dengan itu sesuatu kaum akan dimuliakan dan dimertabatkan dengan agama ini seperti firman Allah;


وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ


النور: ٥٥


"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." An-Nur 55

Marilah wahai kaumku Bani Jawi ! Bangunlah dari tidur lenamu ! Jangan kamu menjejaki langkah kaum yang binasa seperti yang dinyatakan oleh Allah di dalam kitabNya lebih banyak mengenai kerosakan dan kebinasaan kaum Bani Israil. Mereka dihalau dari tanah tumpah darah mereka oleh musuh yang sangat kuat oleh kerana perbalahan yang berlaku di kalangan mereka sendiri dan mengabaikan keesaan Allah dan penyatuan ummah.

Bacalah surah Al-Baqarah kalau kamu seoarang pemimpin kerana Rasulullah s.a.w. melantik ketua orang yang memahami surah Al-Baqarah. Di dalamnya terdapat cerita kaum Bani Israil yang melakukan pelbagai kerenah terhadap rasul-rasul dan nabi-nabi mereka.

Kaum Bani Jawi juga banyak persamaan dengan kerenah Bani Israil kerana ada persamaan DNA dengan Manashe bein Joseph (dialek Hebrew), anak nabi Yusuf cucu kepada nabi Yaakub. Nabi Yaakub digelar Israil dan anak-anaknya adalah Bani Israil. Manashe cuci tangan dari perbalahan bapa-bapa saudaranya terhadap Yusuf dan berhijrah ke Timur . Terdapat satu pertembungan DNA Bani Jawi dengan Manashe ketika baginda berkahwin dengan perempuan Bani Jawi dan membina empayar yang luas sehingga diwarisi oleh cicitnya Iskandar Zulkarnain.


Lihat statement di National DNA Analysis Center Central Forensic Science Laboratory 30 Gorachand Road, Kolkata – 700014 India.

Abstract

Background
The Kuki-Chin-Mizo population comprising traditionally endogamous tribal groups residing in the state of Mizoram, India claim their descent from the ten lost tribes of Israel that were exiled by the Assyrians. To ascertain their oral history, we analysed DNA markers comprising 15 autosomal microsatellite markers, 5 biallelic and 20 microsatellite markers on Y-chromosome and the maternally inherited mitochondrial DNA sequence variations on 414 individuals belonging to 5 tribal communities from Mizoram (Hmar, Kuki, Mara, Lai and Lusei). The
genetic profiles obtained were compared either with populations sharing Jewish ancestry or with local populations along the probable route of migration of the Jewish ancestry claimant Mizoram tribes.

Results
Y-STR analyses showed absence of the Cohen Modal Haplotype, the genetic signature of Cohanim origin. Y-chromosomal biallelic marker analyses revealed the presence of East and Southeast Asian-specific lineages and absence of haplogroup J predominant among Jewish populations. The mitochondrial DNA sequence analyses however revealed traces of genetic elatedness between the Jewish ancestry claimant Mizoram tribes and Near Eastern lineages.
Autosomal analyses showed moderate degree of genetic differentiation among the different Mizoram tribes.


Conclusions
Migration of the lost tribes through China resulting in subsequent genetic admixture over a long period of time has probably diluted the extant gene pool of the Kuki-Chin-Mizo population. Although their paternal lineages do not exhibit any trace of Jewish ancestry, incidence of maternal Near Eastern lineages among the Mizoram tribals suggests their claim to Jewish ancestry cannot be excluded.

Background
Contemporary Jewish communities spread across Asia, Europe and North Africa trace their origins to ancient Judea and Israel. However, historical records that attribute these Jewish populations to the early dispersals from ancient Israel are often under dispute. Moreover, the origins of a number of minority populations that claim Jewish ancestry are seldom well documented. Prolonged geographic separation of these groups has led to variations in religious practices and languages that fail to throw up similarities that would indicate shared ancestries.


Interactions with local populations have also contributed towards diluting the purported ancestry of these Jewish populations. The Kuki-Chin-Mizo population inhabiting the northeastern state of Mizoram in India, claim to be descendants of one of the ten lost tribes of Israel. Although historical records attributing to their Jewish ancestry are absent, their oral traditions and socio-cultural procedures present striking parallelism with Judaism. According to their oral history, these
tribes are said to have entered Mizoram, India from adjacent Myanmar. Although ethnically they are of Mongoloid descent and speak Tibeto-Burman languages, their tradition ascribes their origin to B’nai Menashe – a remnant of the ancient Israelite tribe of Menasseh. Further support arises from their socio-cultural and oral histories:


1. The tribes observe 3 festivals in a year similar to Jews.


2. Funeral rites, birth and marriage ceremonies of the tribes reflect analogy with ancient
Judaism.


3. Local legend describes presence of scattered remnants of the lost Jewish tribe of Menashe more than 1,000 years ago in a cave in China that then made its way acrossThailand into India.


According to Hranglien Songate [1], the tribes entered China after passing through Afganistan and Baluchistan. The ten lost tribes: Reuven, Dan, Naphtali, Gad, Asher, Issachar, Zebulun, Ephrain, Menasseh and Levi of ancient Israel were taken up as captives by Assyrians in 722 BC and taken to Persia following their exile in 457 BC. In 331 BC when Alexander the Great conquered Persia, Afghanistan and India, these tribes were sent away to Afganistan and
other countries. The later migrations are said to have taken place eastwards through Hindukush until they reached the Tibetan region and China. In China, they were forced to serve as slaves.


Thus the process of assimilation and subjugation had started and the forefathers of the Kuki-Chin-Mizo population are believed to be those who had resisted the assimilation and had made their way south through Thailand to Burma, India and Bangladesh. According to oral testimonies only a small part of the current Kuki people are originally related to the tribe of Menashe. The descendants of Menashe are supposed to have been assimilated by Kuki invaders at the end of 15th century in northeastern India [2].

Baca kenyataan DNA→pdf-The Tribe Of Manasseh Ben Joseph.....












Jelas wajah mereka di dalam gambar di atas saling tak tumpah dengan orang Melayu di Malaysia dan kulitnya yang berwarna sowo matang/kuning langsat. Saya pernah terbaca di dalam kitab tafsir bahawa warna kulit nabi Ibrahim berwarna kuning langsat dan kita juga pernah mendengar dari orang-orang tua kita bahawa bangsa Melayu berasal dari Tibet seperti Raja Malai yang datang dari Himalaya dan memerintah Langkasuka.

Sejarah Bani Jawi selanjutnya....Sejarah Bani Jawi.....

Baca selanjutnya tentang sejarah Bani Jawi/Melayu di http://padukabanijawisedunia.blogspot.com/

Monday, October 25, 2010

Sejarah Pulau Besar Melaka

Pulau Besar dikenali sebagai pulau keramat, pulau misteri merupakan pulau yang yang terletak di negeri Melaka, Semenanjung Malaysia. Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka. Sejarah bermula penyebaran Islam bertapak di pulau ini dibawa oleh Sultanul Aarifeen Syeik Sayyid Ismail bersama gurunya Syeikh Yusuf Siddiq. Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam Islam.

Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 16 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Yusuf Siddiq dan saudaranya As Sayyid Ibrahim.


Sekarang makam Sultanul Aarifeen terus dikunjungi orang ramai. Selain dari niat untuk ziarah mereka juga datang dengan pelbagai hajat. Melalui keberkatan Sultanul Aarifeen mereka bertawasul untuk memakbulkan hajat dari Allah s.w.t..

Sejarah Perkembangan Islam

Sejarah perkembangan Islam di kepulauan Jawa dan Tanah Melayu yang dibawa oleh Sultanul Aarifeen telah tercatat di dalam kitab yang ditulis oleh Tan Sri Lanang seperti Hikayat Tamindari, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malim Deman, dan lain-lain lagi.

Di kepulauan Jawa pula kisah-kisah Wali Songo yang terkenal itu sering diceritakan oleh orang-orang tua kita dan kini ada pula filem melakunkan watak-watak wali songo itu. Wali Songo datang ke Pulau Besar untuk belajar ilmu dengan Sultanul Aarifeen sehingga tamat dan menyebarkan agama Islam ke kepulauan Jawa. Mereka memperolehi keramat ketika hidup mereka berkat ajaran yang dibawa oleh Sultanul Aarifeen.

Sebenarnya Pulau Besar adalah pusat penyebaran agama Islam pada zaman itu dan pusat pelbagai ilmu agama. Di sini orang yang datang mendapat keberkatan untuk dibawa pulang ke tanahair masing-masing.





Perigi di kaki pulau


Perigi ini dipercayai digunakan oleh tentera Jepun untuk memancung kepala orang-orang Cina. Kepala yang telah dipancung akan dilemparkan ke dalam perigi ini. Perigi ini tidak pernah digunakan orang sehingga sekarang.

Di kawasan sekitar perigi ini merupakan kawasan Panglima Hitam. Wajah serta anggota tubuhnya dipercayai berwarna hitam. Di kawasan ini juga merupakan salah satu tempat yang amat keras terutamanya pada waktu senja. Pernah suatu ketika dahulu sepasang kekasih duduk berdua-duaan di kawasan ini dan wanita tersebut diserang histeria.
Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

Batu belayar

Sebuah batu yang sederhana besar berbentuk seperti kepala kuda. Batu ini dikatakan pada asalnya terletak di dalam laut. Kemudian ia terapung-apung di dasar laut dan tersangkut di pulau ini.

Dipercayai batu ini juga digunakan oleh 7 beradik untuk mengikat tali kapal mereka sebaik sahaja mereka berlabuh di Pulau Besar ini.
Kini batu ini masih jelas kelihatan sebaik sahaja sampai di pulau ini. Ia terletak berhampiran dengan Jeti Pulau Besar.

Batu Tengkorak

Batu ini terletak di kawasan Pandanusa Golf Club dan berhampiran dengan pantai. Jika dilihat dengan teliti, batu ini seakan-akan menyerupai tengkorak manusia dan terdapat kesan belahan empat segi yang dipercayai telah dibelah oleh orang dahulu kala untuk mendapatkan harta karun di dalamnya. Namun usaha mereka gagal dan mereka menampal semula batu tersebut.

Batu ini juga pernah dirancang untuk diletupkan tetapi usaha itu hanyalah sia-sia sahaja kerana batu itu sedikitpun tidak terbuka.Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

Keramat Masin Tawar

Sebuah lopak air yang seakan-akan menyerupai perigi lama yang terletak berhampiran dengan pantai. Apabila air laut surut, airnya akan menjadi tawar. Dipercayai suatu ketika dahulu, perigi ini digunakan untuk mendapatkan harta karun. Keramat ini dijaga oleh seorang puteri bunian yang bernama Puteri Nilam.

Airnya dikatakan mempunyai pelbagai azimat yang tertentu samada untuk dijadikan minuman, mandi atau untuk dibuat pelaris. Dipercayai juga, jika niat tidak baik kita tidak akan merasai air yang tawar meskipun air laut telah surut.

Istana Bunian

Terletak di tengah-tengah perkampungan bunian. Sebuah kawasan tanah tinggi yang tidak dapat ditolak oleh jentera biasa. Kawasan ini ingin dimajukan oleh pihak Marina Resort tetapi sehingga kini projek itu tidak dapat diteruskan.

Menurut sumber dari pihak pengurusan Marina Resort, jentolak yang ingin menolak jentera tersebut telah meletup sewaktu kerja-kerja meruntuhkan tanah tersebut sehingga menyebabkan pemandunya meninggal dunia.

Perkampungan bunian

Sebuah kawasan yang terdapat di Marina Resort dan dipercayai
satu perkampungan orang-orang bunian. Kawasan sebenarnya ingin dimajukan tetapi disebabkan masalah ekonomi dan masalah jerebu yang melanda pada tahun 1997-1999, maka pembinaannya tidak dapat diteruskan.kawasan tersebut juga terdapat telaga dan tasik bunian. Telaga tersebut juga dipercayai merupakan telaga pertama di pulau hasil munajat Sultanul Aarifeen bagi mendapatkan bekalan air tawar sehingga kini malah air tersebut juga apabila di minum amat menyegarkan.

Menurut cerita, sebenarnya terdapat sejumlah 146 buah kampung orang bunian di kawasan Pulau Besar ini tetapi kawasan ketara yang boleh dilihat hanyalah di kawasan Marina Resort ini sahaja.

Perigi Bunian


























Pokok disula


Pokok ini terletak di kelab golf. Menurut apa yang telah diceritakan, dahulu terdapat sepasang kekasih sedang bercengkarama di bawah pokok ini. Maka di atas keterlanjuran mereka itu, mereka telah ditangkap dan di sula di bawah pokok tersebut.
Jika diamati dengan teliti, kita akan dapati tangan kiri lelaki tersebut sedang memeluk pasangannya di bawah pokok tersebut.

Tasik biawak

Sebuah tasik biasa buatan manusia yang terletak di padang golf. Tasik ini dipenuhi dengan biawak-biawak yang luar biasa besarnya. Biawak-biawak ini singgah di tasik tersebut untuk memakan ikan-ikan yang ada di dalamnya.
Di dalam tasik biawak ini juga terdapatnya batu yang berbentuk tengkorak manusia.

Batu Belah

Sebuah batu besar setinggi 3 meter dan mempunyai rekahan di tengah-tengahnya selebar lebih kurang 35 cm dengan kedalaman sejauh 1.5 meter adalah hasil belahan Panglima Lidah Hitam.
Ratusan tahun dahulu, sekumpulan pendekar dan pahlawan menunjukkan kehebatan ilmu masing-masing. Ada yang membelah dan menebang pokok besar dengan sekali cantas dan ada yang membelah bukit dengan sekali imbas dan bermacam-macam lagi. Sehingga pada suatu waktu seorang panglima yang dikenali sebagai Panglima Lidah Hitam merasa tercabar dengan kekuatan kawan-kawannya itu. Beliau menghampiri batu besar tersebut dan menjelirkan lidahnya yang hitam itu lalu membelah batu tersebut.

Masyarakat kini datang ke tempat tersebut dengan membawa pelbagai hajat. Mereka akan masuk ke dalam batu tersebut dengan melalui bahu sebelah kiri dan berjalan secara mengiring kemudian apabila sampai di penghujung rekahan capailah dengan tangan kanan.


Gua Yunus


Nama Gua Yunus diambil sempena nama orang yang pertama menjumpai dan menjadikan gua ini sebagai tempat pertapaan. Sehingga sekarang gua ini masih lagi digunakan orang sebagai salah satu tempat untuk bertapa. Untuk masuk ke dalam gua ini, ahli pertapaan terpaksa menyelam ke dalam air kerana kedudukan pintu gua ini sebenarnya terletak di dalam air. Dipercayai batu dinding gua ini semuanya berwarna putih.

Pemandangan di Gua Yunus




Keramat Ular

Dipercayai keramat seorang wali Allah yang menjelma sebagai seekor ular sawa. Barang siapa yang bernasib baik, dipercayai akan berjumpa dengan wali Allah tersebut yang membawa guni berisi arang. Apabila sampai di rumah, arang itu akan bertukar menjadi barang yang berharga.
Di sekeliling kawasan keramat ular terdapat pokok pandan yang boleh digunakan untuk membuat tikar.

Makam Nisan Satu


Makam ini terletak berhampiran dengan Batu Tengkorak. Keanehannya, makam ini hanya terdapat satu batu nesan sahaja. Ia dipercayai makam seorang pemuda yang berumur dalam lingkungan umur 18-19 tahun yang sangat kacak dan tampan. Namanya tidak dapat dikenalpasti.

Perigi Nenek Musallimah(Perigi Hajat)

Dipercayai seorang nenek yang tertua yang terdapat di Pulau Besar. Beliau juga merupakan seorang dukun dan bidan. Air perigi ini mempunyai azimat yang tertentu seperti untuk menyihatkan tubuh badan, pelaris dan boleh juga digunakan sebagai mandi bunga.

Perigi ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM dan bersebelahan dengan Hotel Chandekura, Pulau Besar, Melaka.

Wali perempuan ini sebenarnya bernama Syarifah Habsah, makam beliau terletak di pulau besar, berdekatan pintu masuk halaman menuju ke surau dan makam Sultanul Aarifeen. Syarifah Habsah adalah puteri iaitu anak perempuan Sultanul Aarifeen As Sayyid Ismail. Beliau sebenarnya mempunyai 3 orang anak, iaitu seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Saudari kandung Syarifah Habsah ialah Syarifah Rodziah, dan makam Syarifah Rodziah terletak di Pekan Melaka.

Batu Lesung

Batu Lesung atau Batu Putih ini merupakan satu batu yang berbentuk seakan-akan lesung. Untuk sampai ke Batu Lesung, orang ramai terpaksa melalui kawasan batu karang ketika air laut surut

Manakala ketika air laut pasang, orang ramai terpaksa meredah air laut untuk sampai ke Batu Lesung ini. Ia terletak di tengah-tengah laut. Dikatakan bahawa pokok yang terdapat di tengah-tengah batu lesung tetap sama saiznya walau pun telah bertahun-tahun lamanya.

Makam 7 beradik

Makam Tujuh beradik yang dimaksudkan ialah tujuh orang bersaudara seperguruan. Mereka ini berasal dari Palembang. Mereka telah datang ke Pulau Besar dengan satu tujuan untuk mengembangkan ilmu persilatan. Setelah diteliti melalui firasat bahawa Pulau Besar ini sesuai untuk dijadikan penempatan dan mengembangkan ilmu persilatan maka mereka membuat keputusan memecahkan dinding kapal mereka untuk dibuat dinding rumah.

























Mereka mempunyai ramai pengikut dari seluruh nusantara. Tujuh bersaudara ini mempunyai ilmu yang sangat tinggi iaitu ilmu dunia dan akhirat. Sepanjang hidup mereka, ramai orang datang untuk mendapatkan pertolongan darinya dan apa yang berlaku adalah dengan keizinan daripada Allah swt.


Makam Seribu














--------------------------------------------------------------------------- ------------------------------

Wakaf Zakat Bonda dan Wakaf 786 adalah dua tempat bagi sesiapa yang ingin membayar nazar atau berakikah atau sebagainya. Pengunjung yang datang akan diberi makan percuma di atas niat pembiayaan nazar, akikah dan sebagainya.

Terdapat Maahad Tahfiz anak-anak yatim Bani Jawi yang baru ditubuhkan dan pembiayaan untuk mereka boleh disalurkan oleh sesiapa yang ingin mendapat keuntungan di akhirat kelak.

Saturday, October 23, 2010

Agenda Bani Jawi


  1. Memertabatkan Al-Quran dan Al-Ulum
  2. Mengesahkan dan meng'imarahkan Iman
  3. Menyembuhkan penyakit zahir dan batin
  4. Sejarah Bani Jawi



Bermula
Di Pulau Besar Melaka.

Erti Bai'ah


Permasalahan Maksud “Tangan Allah di atas tangan mereka”

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ

“Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka.” (al-Fath 48: 10)



Perlu difahami bahawasanya kalimah ini إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ memberi maksud
bahawa para sahabat membai’at (sumpah setia) Rasulullah secara langsung, sebagaimana dijelaskan dalam firman-Nya yang lain:

“Sesungguhnya Allah telah redha kepada orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawh pohon.” (al-Fath 48: 18)

Tidak mungkin ada orang memahami firman Allah: “إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ” dengan pengertian bahawa para sahabat membai’at Allah secara langsung, dan menganggap hal itu sebagai zahir ayat tersebut, kerana pemahaman seperti itu bertentangan dengan awal ayat tersebut dan kenyataan yang terjadi. Apalagi hal itu mustahil terjadi pada diri Allah Ta’ala. Maksud ayat yang sebenarnya adalah Allah menjadikan bai’at para sahabat kepada Nabi sebagai bai’at mereka kepada Allah, kerana mereka mambai’at Rasulullah untuk berjihad di jalan Allah. Bai’at para sahabat kepada Rasul untuk berjihad di jalan Dzat yang mengutusnya sama saja dengan mereka membai’at Dzat yang mengutusnya. Ini sama halnya dalam masalah ketaatan. Taat kepada Rasul sama saja dengan taat kepada Dzat yang mengutusnya, dengan dasar firman Allah Ta’ala:

“Barangsiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya ia telah mentaati Allah.” (an-Nisa’ 4: 80)

Bai’at mereka kepada Rasulullah dinisbahkan kepada Allah dimaksudkan untuk memuliakan Rasulullah dan memberi sokongan moral kepada Nabi-Nya; di samping untuk menguatkan dan mengangungkan kedudukan bai’at serta mengangkat kedudukan orang yang berbai’at. Hal ini adalah sesuatu yang telah jelas sekali.

Bai'ah adalah satu aspek yang paling menonjol daripada anjakan politik yang dilakukan oleh bangsa; seperti dalam visi Islam adalah untuk melegitimasi rakyat bahkan sebelum pembentukan Negara dalam pengalaman Islam di era Rasulullah, ia adalah Piagam pendirian rakyat dan alat politik Islam dengan menyatakan komitmen untuk kurikulum atau pun undang-undang Syariah dan Majlis Syura, formula untuk membolehkan bangsa tidak tunduk kepada negara lain dan sebagainya.

Janji setia atau Bai'ah adalah Piagam kesetiaan kepada pemimpin politik Islam atau Khalifah Islam dan umat Muslim dengan ketaatan kepada imam berdasarkan pandangan akidah yang merangkumi tiga pihak;

1)khalifah sendiri
2)dan tanggungjawab Ahlul Bai'ah
3)serta disokong oleh undang-undang/Kerajaan.

Tanggungjawab negara tidak berakhir untuk menahan kesetiaan, tetapi terus menanggung risiko untuk menjaga agama dan undang-undang syariah melalui perundingan, dan pengawasan terhadap undang-undang serta menyarankannya, kecuali jika diperlukan kepada yang lebih tinggi daripada negara dan rakyatnya.

Bai'at agama adalah lebih tinggi dari negara dan dunia seisinya kerana ia ialah perjanjian dengan Allah s.w.t. untuk kehidupan yang abadi sesudah mati.

Bai'ah dalam pengalaman Nabi adalah perjanjian agama, bangsa dan tanahair; perjanjian yang terjadi dua kali di Aqaba adalah perjanjian yang bersejarah perjanjian kehendak manusia bebas, petunjuk untuk mencapai mesej yang mulia, sedangkan petunjuk sosial misalnya dalam pemikiran Barat moden telah menjadi kukuh, tidak membenarkan bahagiannya untuk kebenaran, umat Islam terpaksa melawan kuasa pemerintah melalui mitos sejarah sebelum melihat kebenaran itu wujud, seperti yang berlaku dalam sejarah Islam.

Bai'at Agama adalah berkaitan dengan dzat Tuhan pencipta alam, ketauhidan dan kepatuhan hanya kepada Allah, sehingga jika seoarang pemimpin mengarah kepada kedurhakaan terhadap Allah tidak wajib dipatuhi. Perintah dari seorang pemimpin samada Islam atau bukan Islam hanya wajib dipatuhi segalanya yang bertepatan dengan perintah Allah s.w.t.

Maka dengan itu bai'at agama adalah pada tahap yang sederhana tidak terlalu fanatik kepada pemimpin sehingga wajib dipatuhi segala perintahnya yang setengah perintahnya menyalahi undang-undang Allah. Jangan seperti ahli kitab dari kalangan Yahudi yang menjadikan ketua mereka sebagai tuhan yang didewa-dewakan dan diagungkan ertinya bersikap fanatik atau takut kepada kekuasaan pemimpin mereka.

Firman Allah Taala;

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ آل‌عمران: ٦٤


Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)."


Bai'at membuang ketaksuban para sahabat terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. setelah baginda menyerahkan mereka di bawah naungan Allah dan ketua mereka sebenarnya ialah Allah s.w.t. Rasulullah pernah menyatakan pada Haji Widaa' kepada para sahabatnya iaitu setelah peninggalannya(wafat) baginda telah serahkan semua urusan umatnya kepada Allah. "Allah menjadikan ketua kelian dan membantu urusan kelian".

Rasulullah s.a.w. mendorong para sahabat supaya benar-benar bertauhid dan hanya Allah semata-mata berkuasa ke atas kelian. Baginda sendiri pun pada hakikatnya tidak berkuasa samada kuasa politik, kuasa memerintah ke atas manusia semua. Tidak ada paksaan dalam agama setelah kelian mengetahui kebenaran Allah dan Islam.

Firman Allah Taala

لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ ﴿الغاشية: ٢٣-٢٢﴾

Engkau tidak berkuasa ke atas mereka (untuk memberi hidayat) melainkan menambah mereka berpaling dan kafir". ayat 22-23 Al Ghasyiah "

Bantuan Allah merupakan petunjuk dan taufik yang mendorong seseorang itu patuh kepada perintah Allah ialah semata-mata dengan kuasa dan kehendak Allah bagi sesiapa sahaja yang hendak dipilihNya. Tidak ada daya upaya Nabi untuk memaksa seseorang itu beriman dan patuh. Begitulah konsep bai'at agama menyerahkan ahlul bai'at itu kepada kuasa dan kehendak Allah dengan bermohon bantuanNya semata-mata. Setelah berbai'at tangan Allah di atas tangan-tangan mereka bererti bantuan Allah bersama mereka.

Firman Allah Taala;

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ القصص: ٥٦


"Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi hidayat kepada orang yang engkau cintai tetapi Allah yang memberi hidayat bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang diberi petunjuk". Al-Qasas 56

من أحاديث الرسول الكريمصلى الله عليه وسلم- كما في قوله في مسند الإمام أحمد: "من مات وقد نزع يده من بيعة كانت ميتته ميتة ضلالة
صحيح أحمد

Dari hadis Rasulullah s.a.w. seperti di dalam masnad Imam Ahmad "Sesiapa yang mati dan menarik tangannya dari berbai'ah adalah matinya dalam kesesatan".
(Shahih Ahmad)

Ini bererti seseorang yang berbai'at telah diserahkan ke bawah naungan petunjuk hidayat Allah dengan doa Nabi s.a.w. terserah kepada kuasa dan kehendak Allah semata-mata dan Baginda begitu yakin dengan pertolongan dan penjagaan Allah terhadap Ahlul Bai'ah seperti juga Baginda percaya dan yakin dengan penerimaan doa baginda sebagai syafaat untuk umatnya yang berdosa.

Kita Ahlul Bai'ath Agama berbeza dengan semua perjanjian yang berbentuk ketaksuban/fanatik terhadap manusia selain Allah Taala. Kepatuhan wajib diingkari ke atas apa sahaja perintah yang melanggari perintah Allah. Jelasnya Bai'ath Agama mendapat jaminan dari Rasulullah s.a.w. sebagai syafaat terhadap umat yang berdosa sehingga diampunkan segala dosa kecuali syirik dan sifat fanatik adalah termasuk dalam pengertian syirik.

Firman Allah Taala;

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu[106] mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).
Al-Baqarah 165

[106]. Yang dimaksud dengan orang yang zalim di sini ialah orang-orang yang menyembah selain Allah(mensyirikkan Allah).