Manusia ciptaan yang paling lemah

الحمد لله الذي خلقنا وجعلنا من المسلمين. وجعل لنا الإيمان وزينها فى قلوبنا كره إلينا الكفر والعصيان . والصلاة والسلام على سيد الأنبياء والمرسلين وخاتمهم عليهم الصلاة والسلام وأصحابه اللذين جاءوا معه بالإسلام والإيمان منتشرين إلى العالم وتابعيهم وتابع التابعين بإحسان إلى يوم الدين . أما بعد : 
 Bahawa manusia telah diciptakan lemah dan pelupa. Akan tetapi ramai manusia menyangka diri mereka kuat dan berkuasa. Oleh kerana manusia adalah ciptaan Allah yang paling lemah, maka Allah sendiri suka untuk membantu mereka yang merasai lemah dan memang manusia itu makhluk yang paling lemah pada hakikatnya.

Firman Allah Taala,
أَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ بَنَاهَا .النازعات: ٢٧

Adakah kamu paling kuat ciptaan ataukah langit yang kami bina?

Namun dari itu, manusia diberi suatu kekuatan yang mendorong dan mengalahkan makhluk ciptaan yang lain. Ia bukan kekuatan dari luaran(jasmani) tetapi ia kekuatan dari dalaman (akal fikiran, ruh dan seumpamanya) yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kekuatan dalaman itu pula hakikatnya didorong oleh kudrat Allah yang maha berkuasa.

Kekuatan dalaman itu ialah dinamakan Iman. Semakin nyata sifat hamba yang lemah, maka semakin nyata sifat kudrah Allah yang maha berkuasa. Semakin nyata sifat hamba yang miskin, maka semakin nyata sifat Allah yang maha kaya. Semakin nyata sifat hamba yang hina, maka semakin nyata sifat Allah yang maha mulia. Maka hendaklah kau nyatakan sifat-sifatmu yang sebenar nescaya Allah akan menyatakan sifat-sifatNya yang sebenar lalu menyelebungimu dengan sifat-sifatNya sehingga kau kuat dengan kudrat Allah, kau kaya dengan kekayaan Allah dan kau mulia dengan kemuliaan Allah.

Iman adalah urusan Allah dan tugas kita memohon dan berusaha untuk memupuk Iman selepas itu bertawakal bahawa Allah sahaja yang memberi taufik hidayat untuk kita beriman dan untuk memelihara iman kita.Nyatakan kelemahanmu nescaya kau akan menyaksikan Maha Berkuasa. Nyatakan kebodohanmu, nescaya kau akan menyaksikan Maha Pemberi Petunjuk.

Firman Allah Taala
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ .القصص: ٥٦

Sesungguhnya engkau (hai Muhammad) tidak boleh memberi hidayat kepada orang yang engkau cintai tetapi Allah yang memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang telah diberi petunjuk.

Jikalau Nabi Muhammad pun tidak boleh memberi hidayat kerana ia adalah urusan Alllah maka siapakah kita ? Mengapa kita merasai bahawa diri kita mempunyai kuasa? Fikir-fikirkanlah !!

Setelah berfikir, lakukan tugas dan kewajiban kita, kemudian serahkan diri kita kepada urusan Allah, selesai.





Sabda Rasulullah saw.:يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين وتأويل الجاهلين ” . رواه البيهقي، وصححه الألباني في تحقيقه لمشكاة المصابيح للتبريزي، ط 3، المكتب الإسلامي، بيروت، 1405هـ، ج 1، ص 53.

Ertinya: “Yang akan membawa ilmu ini di setiap masa adalah orang-orang yang baik, yang akan menolak penyelewengan pelampau, rekaan orang yang sesat dan takwilan si jahil”. Hadis riwayat al-Baihaqi.


Dari Abi Hurairah r.a. berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam; barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati jiran tetangganya; dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya.( HR al-Bukhari dan Muslim )